Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH Kuala Nerus ambil inisiatif Semburan Anti Kuman di surau secara percuma

AMANAH Kuala Nerus ambil inisiatif Semburan Anti Kuman di surau secara percuma

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONMarch 16, 2020 1:25 pm




Dengan peningkatan jumlah kes positif jangkitan COVID-19 yang membimbangkan, AMANAH Kuala Nerus terus kehadapan mengambil inisiatif melaksanakan perkhidmatan Semburan Anti-Kuman di surau-surau kawasan itu.

Usaha tersebut diketuai Ketua AMANAH kawasan berkenaan, Hj Mohd Zukeri atau Hj Mat, yang memaklumkan inisiatif berkenaan akan dijalankan secara percuma di seluruh masjid dan surau sekitar Kuala Nerus bermula esok.

Hj Mohd Zukeri atau Hj Mat,

Tambahnya lagi, ketika ini pihaknya sedang mengenalpasti beberapa buah masjid dan surau yang menjadi tempat persinggahan jemaah tabligh.

“Sekarang kita masih mencari lagi masjid sekitar sini. Kalau ada masjid yang jadi tempat persinggahan orang tabligh, kita utamakan untuk buat secara percuma sahaja.

“Perkhidmatan yang kita buat hari ini walaubagaimanapun dibayar sebab kita dipanggil.

“Tapi bermula esok, saya kira kita akan buat secara percuma sehingga keseluruhan masjid dan surau di kawasan ini, selesai melalui proses nyahkuman,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Hj Mat turut memaklumkan bahawa anggaran harga untuk melakukan semburan antikuman untuk sebuah masjid, adalah sekitar RM300 hingga RM400. Manakala bagi sebuah surau pula dalam lingkungan RM250.

Pada masa jelasnya, perkhidmatan yang dilakukan hari ini adalah atas kontrak dan panggilan pihak surau berkenaan.

Inisiatif berkenaan merupakan yang pertama dilakukan dan dilihat terkehadapan dalam memastikan keselamatan rakyat terutama di Kuala Nerus terus terjamin.

Pada semalam, sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif jangkitan COVID-19 yang kebanyakannya berkaitan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, menjadikan jumlah kes positif wabak itu kepada 428 kes.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Isu kartel daging: SPRM tahan reman 8 suspek, panggil 27 saksi

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production