Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH Kuala Rajang perhebatkan gerak kerja santuni pengundi

AMANAH Kuala Rajang perhebatkan gerak kerja santuni pengundi

Oleh MAHDAR BUJANGFebruary 22, 2020 11:19 am




Parti AMANAH Cawangan Kuala Rajang, Sibu akan terus memperhebatkan gerak kerja turun ke seluruh kampung bagi menyantuni pengundi di sini.

Ketua Pemudanya, Sufri Yakup berkata, menerusi pendekatan ‘Move, Hear and Do Action (MoHDa) dengan tema #RakyatDiHati, pihaknya akan bertemu dengan setiap pengundi secara bersemuka dan mendengar masalah yang dihadapi mereka.

Katanya, pendekatan tersebut adalah amat diterima oleh penduduk dan masyarakat di kawasan ini yang rata-ratanya tinggal di luar bandar.

“In shaa Allah.. kita akan berusaha untuk menjemput Menteri dan pemimpin di peringkat persekutuan untuk melaksanakan mahupun menyampaikan sendiri inisiatif kerajaan di sini nanti.

“Ini sekali gus akan memberi peluang kepada penduduk dan masyarakat untuk meluahkan masalah dan berbincang dengan pemimpin yang dijemput,” ujarnya ketika ditemui di Kuching hari ini.

Sufri menambah, bagi program yang telah diadakan pada Februari ini, AMAMAH Kuala Rajang telah pun bertemu penduduk di Sare Utara iairu salah sebuah Pusar Daerah Mengundi (PDM) dengan majoriti pengundi Iban.

Jelasnya lagi, pada progran berkenaan, pihaknya menyampaikan sumbangan kerusi roda dan keperluan dapur kepada penduduk yang kurang berkemampuan.

“Sambutan yang diterima daripada penduduk setempat adalah amat menggalakkan walaupun program hanya dimaklumkan dalam masa singkat,” tambahnya.

“Kita juga turut mengadakan taklimat MySalam dan saringan kesihatan bagi kumpulan PeKaB40 di Sare dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production