Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH Kuala Rajang teruskan Program Jelajah Rakyat

AMANAH Kuala Rajang teruskan Program Jelajah Rakyat

Oleh MAHDAR BUJANGMarch 10, 2020 5:41 pm




Dr Mutalip dan Ketua Pemuda AMANAH Kuala Rajang, Abu Tariq yang hadir pada program tersebut.

Parti AMANAH Negara Cawangan Kuala Rajang, Sibu akan meneruskan Progran Jelajah Rakyat di semua kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Rajang.

Menurut Pengerusinya, Dr Mutalip Abdullah, program tersebut adalah bertujuan bagi memberi penerangan berkaitan isu berbangkit dalam masyarakat seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pendidikan tinggi serta masalah keperluan rumah untuk generasi muda dan kemudahan asas yang masih belum selesai.

Katanya, AMANAH Kuala Rajang akan menerangkan kepada rakyat tentang isu-isu berkenaan yang terus berlarutan dan gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Sarawak sehingga hari ini.

Antara penduduk kampung yang hadir pada Program Jelajah Rakyat di Kuala Rajang.

“Dalam program ini, kami mengajak semua ahli untuk bersama-sama untuk bekerja membela kebajikan rakyat dan bukannya menjadikan politik sebagai tunggangan untuk memperkayakan diri dan kroni,” jelas beliau ketika dihubungi di Kuala Rajang, Sibu hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mutalip berharap siri jelajah berkenaan akan diteruskan di kawasan lain untuk bertemu penduduk dan masyarakat di kawasan Kuala Rajang agar mereka memahami asas perjuangan Pakatan Harapan untuk membela rakyat di negeri ini.

“Semoga program ini akan memberi sedikit sebanyak penerangan kepada seluruh penduduk dan masyarakat di Kuala Rajang tentang asas perjuangan oleh Pakatan Harapan di negeri ini pada masa akan datang,” ujar beliau lagi

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production