AMANAH kutuk penyerang, jangan benar diperalat perkauman
"Ketegangan kaum hanya untuk selamatkan Umno (yang tewas) dan agama turut diperalatkan," kata Khalid dalam kenyataan itu.

AMANAH kutuk penyerang, jangan benar diperalat perkauman

Parti AMANAH Negara (AMANAH) mengutuk pihak yang menyerang kuil Sri Maha Mariamman di Shah Alam kelmarin.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, walaupun difahamkan ianya bukan isu perkauman, tak boleh dinafikan ada tempiasnya kerana isu perkauman ingin terus dipermainkan.

“Rakyat mendambakan kehidupan aman damai. Parti-parti politik yang memperalatkan isu kaum dan agama terus membakar sentimen walaupun tiada isu,” kata Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta rakyat agar bersikap bijak dan tidak membenarkan diri mereka diperalatkan.

“Ketegangan kaum hanya untuk selamatkan Umno (yang hilang kuasa) dan agama turut diperalatkan,” kata Khalid dalam kenyataan itu.