Malaysia Dateline

AMANAH kutuk tindakan Israel serang jemaah Masjid Al Aqsa

Biro Hal Ehwal Shariah, Amanah Wilayah Persekutuan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menyerang umat Islam sedang beribadah dalam 10 malam terakhir  di Masjid Al-Aqsa Palestin.

Menurut, Ketua Biro Ahmad Asri Talib Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum di tukar kepada Kaabah di Mekah Al-Mukaramah. Masjid Al Aqsa merupakan salah satu tempat penting yang menjadi saksi perjalanan Isra Miraj yang dilakukan oleh Nabi Muhammad.

Beliau berkata tindakan zalim rejim Israel terhadap umat Islam Palestin yang kini sedang berlumba-lumba mengejar malam lailatul qadr dengan banyak beribadah dan memohon doa kepada Allah SWT.

“Melakukan segala amalan baik termasuk solat, membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, sedeqah dan sebagainya.

“Masjid inilah yang menjadi tempat persinggahan Nabi Muhammad setelah melakukan perjalanan jauh dari Masjidil Haram yang berada di Mekah. Peristiwa ini pun terkandung dalam Al-Quran Surah Al Isra’ ayat 1.

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,” ujarnya.

Lebih dari 170 orang Palestin cedera setelah polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa, dengan menembak serta menghalau jamaah keluar ke tempat lain di Jurusalem Timur yang dijajah oleh Israel, ketika ketegangan dan bantahan penduduk selama beberapa minggu antara Israel dan Palestin di Jurusalem terus meningkat.

Pada hari jumaat lepas, puluhan ribu jamaah Palestin berkumpul di masjid Al-Aqsa pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadan dan ramai yang terus melakukan tunjuk perasaan secara aman untuk menyokong rakyat Palestin yang menghadapi pengusiran dari rumah mereka sendiri di tanah yang dijajah Israel yang dituntut oleh peneroka Yahudi.

Tindakan ini katanya, amat jahat dan hina sekali, pihak kerajaan Malaysia sepatutnya mengutuk atas tindakan tidak berperi kemanusiaan ini.