Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH Labuan bina hubungan lebih mesra dengan kepimpinan pusat

AMANAH Labuan bina hubungan lebih mesra dengan kepimpinan pusat

Oleh BERNAMAJuly 3, 2019 7:44 pm




Parti Amanah Negara (AMANAH) Labuan sedang menggerakkan usaha ke arah membina hubungan lebih kukuh dengan kepimpinan parti di Semenanjung.

Ketua Bahagiannya, Chemat Mustapha berkata hubungan itu penting bagi mewujudkan pemahaman yang lebih baik antara bahagian dan kepimpinan pusat.

“Sekumpulan anggota jawatankuasa parti Amanah Labuan mengeluarkan wang saku sendiri untuk ke Kuala Lumpur pada 29 Jun lepas untuk bertemu pemimpin parti seperti timbalan presiden Datuk Salahuddin Ayub, naib presiden Datuk Mahfuz Omar, setiausaha agung Annuar Tahir, dan pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.

“Pemimpin bahagian harus mengamalkan pendekatan yang merendah diri supaya kita dapat terus menyumbang kepada perjuangan dan dasar parti,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Chemat berkata anggota jawatankuasa Labuan yang diketuainya telah menjelaskan kepada pemimpin parti mengenai status bahagian Labuan selepas penubuhannya secara rasmi (melalui pemilihan parti pada Februari, 2019) dan juga memberi penjelasan mengenai perpaduan antara ahli-ahlinya.

“Kami juga menjelaskan bahawa AMANAH Labuan juga perlu dipantau oleh pemimpin parti, agar kita berada di landasan yang betul dan mereka dapat mengetahui senario politik di Labuan dan isu-isu penting yang berbangkit dalam bahagian parti,” katanya.

Chemat berkata pemantauan ketat oleh kepimpinan parti akan membantu mengelakkan perpecahan di dalam bahagian itu dan menghindari bahagian itu daripada mengamalkan fahaman berpuak-puak

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Isu kartel daging: SPRM tahan reman 8 suspek, panggil 27 saksi

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production