Malaysia Dateline

AMANAH lancar kempen Martabat, Hormati & Sayangi Wanita

AMANAH melancarkan kempen Martabat, Hormati & Sayangi Wanita yang merupakan satu inisiatif oleh Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional bagi meningkatkan kesedaran orang ramai bagi menangani isu-isu keganasan terhadap wanita.

Kempen tersebut dilancarkan susulan peningkatan mendadak kes keganasan wanita sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara.

Bermula dengan kempen oleh AWAN Nasional dan AWAN Negeri sejak 4 November lalu, kempen tersebut diangkat di peringkat nasional untuk mengenengahkan pendekatan lebih rahmah dan mesej-mesej positif.

Kempen ini menekankan pembentukan keluarga dan masyarakat yang selamat, harmoni dan bebas penderaan, seiring dengan Dasar Rahmatan lil Alamin iaitu asas Parti Amanah Negara.

Kempen dilancarkan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Kempen Martabat, Hormati & Sayangi Wanita dilancarkan ekoran penindasan terhadap kaum wanita semakin berleluasa ketika pandemik COVID-19