Amanah lancar satu peguam satu daerah mengundi untuk PRK

Amanah lancar satu peguam satu daerah mengundi untuk PRK

Bagi mempastikan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar berjalan di landasan undang-undang yang betul, Amanah melancarkan program satu peguam satu daerah mengundi pagi ini.

Ia dilancarkan oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu di Wisma Amanah dengan disertai lebih 30 peguam Amanah yang akan menjalankan tugas itu.

Mohamad Sabu ketika memberikan amanat kepada para peguam Amanah.Taklimat mengenai tugas-tugas mereka diberikan oleh Dr Zulkarnain Lokman. Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Wan Anwar Wan Ibrahim.

“Tidak semua yang bertugas berada dalam majlis hari ini kerana sebahagian mereka sudah berada di lapangan sekarang untuk menyemak borang pencalonan dan menguruskan borang agen-agen calon,” kata Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Timbalan Setiausaha Agung Amanah.

Dalam majlis pelancaran ini, Mohamad Sabu memberikan amanat beliau kepada mereka disamping mengucapkan tahniah di atas kesediaan mereka menyertai program ini.

Sebelum ini, Amanah melancarkan Kanun bersama 100 Peguam yang menyertai Amanah.

Kebanyakan peguam yang selama ini memimpin Pas kini menyertai Amanah termasuk pengerusi Kanun, Mohamed Hanipa Maidin.

TAGS