Malaysia Dateline

AMANAH lantik Salahuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas PRN Sabah

Parti Amanah Negara (AMANAH) telah melantik Timbalan Presiden Salehuddin Ayub sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Mesyuarat yang di pegerusikan oleh Presiden AMANAH Mohamad Sabu itu berkata, jawatankuasa ini akan memandu AMANAH dalam gerakerja PRN Sabah bagi membantu Warisan dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan menghadapi pilihan raya yang akan berlangsung pada 26 September ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad itu berkata pihaknya akan bersama mengusahakan agar Warisan dan parti-parti Pakatan Harapan yang bertanding akan mendapat kejayaan cemerlang dalam PRN ini nanti.

PRN Sabah ke-16 akan diadakan pada 26 September manakala hari penamaan calon pada Sabtu, 12 September dan pengundian awal pada 22 September. Sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.

Sabah yang akan berlangsung pada 26 September 2020 nanti bakal menyaksikan sejumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan dengan sekitar 48 kerusi di kawasan majoriti Islam.

PRN kali ini akan menyaksikan pertarungan sengit tiga fraksi politik Sabah iaitu PH -Warisan, Parti Cinta Sabah (PCS) dan Barisan Nasional-Perikatan Nasional-Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam pada itu, AMANAH telah memutuskan Semua calon mereka akan menggunakan lambang Warisan dalam PRN itu nanti.

Ini sebagai sebagai tanda solidariti parti itu dengan Warisan dan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal, kerana berjaya menghalang rampasan kuasa di negeri di bawah bayu itu.