AMANAH lebarkan sayap ahli ke Labuan

AMANAH lebarkan sayap ahli ke Labuan

Parti Amanah Negara (AMANAH) kini melebarkan sayapnya ke pulau bebas cukai Labuan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa sementara Kawasan Labuan.

Pengerusi jawatankuasa sementara Amanah Labuan Dr Ramli Tahir berkata kawasan itu kini mempunyai 250 anggota dengan penubuhan dua cawangan.

“Kami menubuhkan kawasan Amanah Labuan pada 18 Jun, pada mulanya dengan 50 anggota seperti yang diperlukan oleh undang-undang parti, dan kami kini mempunyai dua cawangan iaitu Victoria Utara dan Victoria Selatan,” katanya pada sidang akhbar sebelum menerima borang kemasukan keanggotaan baharu di Hotel Dorsett Grand Labuan hari ini, lapor Bernama.

Dr Ramli berkata Amanah akan bekerjasama rapat dengan parti komponen Pakatan Harapan yang lain dan anggota PKR, DAP serta Warisan di sini untuk mengetengahkan isu rakyat kepada pemimpin Kerajaan Persekutuan.

“Kami percaya pegangan politik kami seiring dengan ideologi politik Amanah, oleh itu saya rasa kami boleh menyumbang dan yang penting, kami ikhlas menyertai parti tanpa mengharapkan apa-apa jawatan atau habuan,” katanya.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS