Amanah letak 13 calon di Sarawak, mahu lawan BN

Amanah letak 13 calon di Sarawak, mahu lawan BN

Parti Amanah Negara (Amanah) memutuskan untuk meletakkan 13 calon bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Parti Amanah Negara (Amanah) memutuskan untuk meletakkan 13 calon bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut telah selesai dibincangkan dalam Pakatan Harapan.

“13 kerusi itu telah pun kita arahkan bersiap sedia, calon-calon telah pun dikenal pasti dan seluruh jentera daripada seluruh negara telah pun diarahkan di loaksi-lokasi yang telah pun ditetapkan,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat bulanan Amanah Nasional di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Menurut beliau juga, Amanah tidak dapat mengelak sekiranya berlaku pertembungan dengan PAS di kawasan-kawasan tertentu.

“Kalau Pas meletakkan calon itu tidak dapat kita nafikan kita akan terus bertanding di tempat yang telah diputuskan.

“Tapi kita nak lawan BN, bukan Pas,” katanya lagi.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, mengumumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11.

Dalam pada itu, mengulas mengenai presiden Amanah Mohamad Sabu yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak untuk berkempen, Salahuddin berkata beliau telah menghantar surat khas kepada pejabat Ketua Menteri.

“Tentang presiden yang tidak boleh masuk ke Sarawak kita telah pun menghantar satu surat khas kepada pejabat ketua menteri Sarawak untuk menilai semula keputusan yang telah dibuat bagi membolehkan presiden Amanah masuk ke Sarawak untuk kempen PRN Sarawak.

“Kita mengharapakan supaya ketua menteri Sarawak dapat memberi keizinan kepada semua orang untuk berkempen di sana,” katanya.

Mohamad dihalang masuk ke Sarawak oleh Jabatan Imigresen negeri itu pada 22 Mac lalu di Lapangan Terbang Sibu.

TAGS