Amanah letak calon bukan Islam pada PRN Sarawak

Amanah letak calon bukan Islam pada PRN Sarawak

Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan calon bukan Islam dari kalangan ahli parti itu dan bukan penyokong semata-mata bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata parti itu juga akan meletakkan calon daripada pelbagai kaum yang mewakili pribumi kenyalang.

“Kami akan turunkan ahli Amanah dari calon bukan Islam.

“Malah, semua calon anak tempatan dan kalau ada peluang kita akan hantar calon dari kaum Cina dan Dayak. Ia akan diputuskan kepada Pakatan Harapan,” kata Anuar dalam sidang media di Wisma Amanah hari ini.

Mengulas lanjut, Anuar bagaimanapun berkata keputusan jumlah kerusi untuk Amanah hanya akan diumumkan selepas mendapat persetujuan Pakatan Harapan.

“Kita tak tahu jumlah kerusi yang akan dipersetujui. Kalau ikutkan saya berpuluh kerusi kita mahukan, tetapi kita perlu menghormati keputusan Pakatan Harapan,” kata Anuar.

Anuar mengakui Amanah masih baru untuk mendapat sokongan ahli dan penyokong di bumi kenyalang itu berbanding dengan Pas, beliau percaya bahawa PRN itu kelak akan menjadi satu peluang untuk memperkenalkan Amanah kepada rakyat Sarawak.

“Ini adalah kali pertama kita akan memperkenalkan Amanah dan jadi kita perlu bekerja keras.Kita perlu memberikan mereka masa untuk mengenaliAmanah lebih dekat,” katanya.

Mengenai kemungkinan pertembungan pelbagai penjuru terhadap Pas dan pesaing Barisan Nasional (BN), Anuar berkata Amanah berharap bahawa pertandingan satu lawan akan dipersetujui.

“Tetapi ini adalah satu pilihan raya demokratik dan kita tidak boleh menghalang sesiapa daripada bertanding,” katanya.

TAGS