Amanah lulus ujian selepas himpunan Mansuh GST

Amanah lulus ujian selepas himpunan Mansuh GST

Aku orang yang tidak pernah ketinggalan untuk menyertai mana-mana demonstrasi dari himpunan Bersih yang pertama.

Semalam aku tidak hadir atas sebab prinsip aku sendiri.

Ramai yang kata himpunan semalam gagal.

Bagi aku pula ia amat berjaya bagi Amanah.

Pertama orang macam aku ramai. Mereka pun tak join demo.

Semalam satu medan ujian bagi Amanah, bagaimana Amanah boleh menghimpunkan
penyokong mereka tanpa mobilisasi rakyat ke seluruh negara.

Tidak ada kempen besar besaran, tidak ada kerahan dari parti dalam Pakatan seperti
PKR dan DAP, tidak ada rombongan yang di angkut dengan bas dan tidak ada iklan melalui
media cetakan akhbar.

Yang hadir semalam atas kesedaran sendiri.

Jika dulu masa Bersih dan himpunan lain, tempoh dua bulan sebelum himpunan
pemimpin-pemimpin Pakatan akan bergerak berkempen ke seluruh negara.

Yang hadir mereka yang benar-benar ada kesedaran..

Himpunan semalam lebih ramai dari himpunan Undur Najib, Bebas Anwar Mac tahun lalu
yang aku sertai, di mana ada kerahan dari setiap cawangan PKR dalam mood kemarahan
rakyat setelah Anwar terpenjara.

Himpunan semalam adalah 50 peratus kehadiran dari himpunan anti TPPA tajaan PAS,
yang mana PAS mengerah seluruh jentera melalui arahan rasmi dan mobilisasi ke
seluruh Negara.

Kempen melalui media Harakah, akhbar Sinar dan Facebook pemimpin PAS yang sudah
mencapai jutaan likers, dan penyokong diangkut dengan bas.

Amanah lulus ujian semalam walaupun hanya berusia enam bulan.

Insya Allah, jika ada satu himpunan besar selepas ini umpamanya jika ada Bersih
5.0, aku percaya, Amanah akan berjaya himpunkan lebih 100 ribu orang untuk hadir ke
Kuala Lumpur.

Jika tiada siapa yang ingin ucap tahniah, aku ucapkan tahniah kepada peserta, anak
muda dan Amanah semalam.

Aktivis demonstrasi

CATEGORIES