Amanah mahu Anwar memimpin Pakatan Harapan

Amanah mahu Anwar memimpin Pakatan Harapan

Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju jika pemimpin utama Pakatan Harapan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim demikian kata Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika berucap di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan hari ini.

Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju jika pemimpin utama Pakatan Harapan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim demikian kata Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika berucap di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan hari ini.

Mohamad Sabu berkata, walaupun Anwar sedang ditahan di penjara Sungai Buluh, Amanah tidak akan memilih pemimpin lain menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Amanah bersetuju bahawa pimpinan utama kami yang berada di penjara Sungai Buluh itu. Kami tidak akan mencari yang lain sama ada di Gua Musang ataupun Pagoh,” ujarnya.

Dalam ucapannya juga Mohammad Sabu berkata, walaupun Amanah baru berusia tiga bulan tiga minggu sejak penubuhannya pada 16 September lalu,sudahpun mengarahkan ahli Amanah untuk bekerja 16jam sehari untuk bercakap mengenai gabungan Pakatan Harapan ini.

“Kita akan mencari jalan bahawa saingan sesama kita tidak akan berlaku. Sarawak adalah medan ujian iaitu Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang.

“Kami walaupun baru akan memberi sumbangan semaksima yang kami mampu.” katanya.

Mohamad Sabu juga menyebut pihak pemerintah kini cuba memainkan isu perkauman.

“Jangan mengiayakan perangkap itu. Doktrin perkauman diprogramkan oleh pemerintah. Perlu pecahkan dan jangan masuk perangkap.

“Malah kerajaan juga semakin menganas dengaan akta hasutan, sosma yang digunakan secara berleluasa ditambah Akta Majlis Keselamatan Negara yang mana perdana menteri boleh isytiharkan darurat di mana-mana,” ujarnya.

Justeru beliau menyarankan keadaan ini hanya boleh diatasi dengan menukar pemerintah bukan menasihati pemerintah.

“Keadaan yang ada hari ini perlu dirawat sebaik-baiknya. Rawatan terbaik adalah menukar pemerintah pada pilihanraya umum akan datang.

“Kita semua mempunyai kefahaman yang sama. Pemerintah yang ada hari ini perlu ditukar bukan dinasihat. Jihad yang paling hebat adalah menukar pemerintah negara,” ujarnya.

Majlis Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan pagi ini selesai membentangkan tujuh fasal perjanjian Pakatan Harapan daripada setiausaha tiga parti iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

TAGS