Amanah Melaka mahu anggota polis berhati-hati laksana tugas

Amanah Melaka mahu anggota polis berhati-hati laksana tugas

Keseluruhan pimpinan dan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka melahirkan perasaan sedih dan bimbang dengan apa yang telah menimpa seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (IPK) Melaka.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, Amanah Melaka mahu mengingatkan agar keselamatan khususnya pihak polis lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas.

“Pihak keselamatan khususnya pihak polis agar lebih berhati-hati ketika melaksanakan tugasan supaya kejadian seumpama ini tidak berulang kepada anggota yang lain.

” Amanah juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak PDRM yang telah melaksanakan tugasan penuh dedikasi dan komited dalam membenteras dadah dinegeri ini.

” Kami juga turut mendoakan kesejahteraan keseluruhan anggota keselamatan dalam memikul tanggungjawab dalam melindungi rakyat dan negara.”ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Dalam satu kejadian yang berlaku semalam seorang anggota polis berpangkat sarjan dirempuh sebuah motorsikal lain dipercayai ditunggang oleh seorang penagih dadah yang mahu memboloskan diri dari ditahan polis.

Kejadian ini berlaku semasa pihak polis diberitakan sedang menjalankan sebuah operasi “Ops Sarang”, di Krubong pada jam 10.30 pagi semalam.

TAGS