Malaysia Dateline

AMANAH mengucapkan selamat menyambut perayaan Pongal 2022

Pongal merupakan perayaan tahunan yang disambut oleh masyarakat Tamil di seluruh dunia.

Bagi mewakili Parti AMANAH Mohamad Sabu mengucapkan ‘Selamat Menyambut Perayaan Pongal’ kepada seluruh masyarakat Tamil di Malaysia.

“Semoga perayaan Pongal kali ini membawa kebahagiaan kepada semua dan kita harus sentiasa berwaspada kerana negara masih belum bebas dari pandemik Covid-19,” kata beliau dalam perutusan yang ringkas.

Ponggal diraikan pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil dipanggil ‘Thai’ dan merupakan perayaan utama khususnya bagi komuniti petani.

Pada hari itu, masyarakat Tamil akan menyediakan Ponggal atau nasi manis dan menyampaikan doa kesyukuran kepada Surya Bhagavan (Dewa Matahari), bumi dan lembu.

Sehari selepas ‘Thai Pongal’ adalah ‘Mattu Pongal’ yang diraikan khas bagi haiwan lembu manakala hari ketiga sambutan Pongal dikenali sebagai ‘Kanni Pongal’ khusus bagi anak dara mendoakan agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan mendapat kehidupan yang bagus.

Pongal ialah perayaan menuai yang disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia. Dengan kata-kata ‘Thai Piranthal Vazhi Pirakkum’, kami meraikan perayaan ini dengan harapan kelahiran bulan Thai akan membuka peluang baharu.