AMANAH mesti jadi ‘gam’ Pakatan Harapan

AMANAH mesti jadi ‘gam’ Pakatan Harapan

Perwakilan AMANAH Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar menekankan pentingnya parti itu menjadi faktor pemersatu dalam Pakatan Harapan.

Menurutnya, AMANAH harus bersifat seperti gam yang merapatkan komponen parti dalam tahaluf blok pembangkang itu.

“Jangan isu titik bengik meruntuhkan sifat kebijaksanaan. AMANAH jangan menjadi duri dalam daging.

“AMANAH perlu jadi faktor penyatu. Kita yang merapatkan rakan-rakan tahaluf kita,” katanya ketika membahaskan Pidato Presiden AMANAH sempena konvensyen tahunan parti berkenaan di Alor Setar hari ini.

Menurutnya, dimensi baharu dalam realiti politik demokrasi hari ini memerlukan pendekatan yang mesra rakyat.

“Bina strategi yang mesra dan dicerap segera oleh rakyat dengan mudah dan segera.

“Orang belah Padang Terap tidak faham isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

“Apabila sebut negara kita teruk dah, Mahathir pun sudah bersama Pakatan Harapan, orang kampung boleh terima dengan cepat,” jelasnya.

Menyentuh peranan AMANAH menjelang PRU-14, Ustaz Ridzwan mengingatkan setiap rakyat sebenarnya memiliki hak dan keadilan.

“Saudara seiman dan seinsan perlu diberikan keadilan kepada mereka. Hidup bersama secara damai.

“Mereka semua ini adalah rakyat Malaysia.
Prinsip ini perlu dihadami dan turun ke bawah bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia.

“Kita semua mempunyai hak ke atas negara ini. Hak dan keadilan kepada semua.  Dan ini adalah tawaran AMANAH,” ujarnya.

Beliau berkata, AMANAH melindungi bukan sahaja untuk masyarakat hari ini bahkan generasi akan datang.

“AMANAH perlu menawarkan pemimpin yang bersifat membantu dan merasai denyut nadi rakyat,” tambahnya.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS