Amanah minta Salleh Man fokus tugas walaupun PAS putus hubungan

Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang menasihati Adun tunggal PAS, Datuk Mohd Salleh Man tidak hilang fokus selepas PAS mengisytiharkan mereka sebagai pembangkang di negeri itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang menasihati Adun tunggal PAS, Datuk Mohd Salleh Man tidak hilang fokus selepas PAS mengisytiharkan mereka sebagai pembangkang di negeri itu.

Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, walaupun Salleh tersepit dengan kedudukannya sekarang, beliau harus meneruskan tugas sebagai wakil rakyat dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang dengan berkesan.

“Saya menasihati beliau jangan terheret dengan isu ini yang penting keberkesanan peranan beliau sebagai wakil rakyat memberi khidmat kepada rakyat dengan dasar-dasar Pakatan Harapan dan menjalani tugas sebagai yang dipertua majlis agama dengan bertanggungjawab.

“Beliau sendiri tersepit. Beliau belum dipecat oleh PAS cuma PAS isytihar putus hubungan dengan beliau di peringkat kawasan,” kata beliau ketika ditemui di parlimen hari ini.

Salleh yang merupakan Adun Permatang Pasir minggu lalu berkata beliau menyokong dasar-dasar Pakatan Harapan Pulau Pinang menyebabkan PAS mempertikai pendiriannya itu.

Mujahid berkata, Amanah Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan dengan Salleh dalam masa terdekat bagi membincangkan konflik yang berlaku.

“Amanah akan bertemu dengan beliau pada masa yang ditetapkan dan saya sendiri secara peribadi sudah bertemu beliau,” katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

TAGS