AMANAH muncul bergaya di Pulau Pinang menepati ‘Rahmatan lilalamin’

AMANAH muncul bergaya di Pulau Pinang menepati ‘Rahmatan lilalamin’

Pembahas Negeri Pulau Pinang Ustaz Ahmad Fahmi Abu Bakar mendakwa Umno-BN kerap menjadikan Pakatan Harapan sebagai ‘punching bag’ terhadap isu yang berlaku di negeri itu.

Beliau berkata terkini dala kejadian membabitkan tanah runtuh di kawasan pembinaan yang menyebabkan kematian 11 pekerja warga asing di Tanjong Bungah semalam.

“Umno-BN cuba mencari dan mempolitikan kerajaan di bawah pimpinan DAP sebagai ‘puching bag’ terkini berlaku peristiwa tanah runtuh Umno-BN telah mempolitikan isu ini,” ujarnya.

Bahkan beliau menegaskan AMANAH di negeri itu tidak pernah disingkirkan daripada gabunan Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

AMANAH Pulau Pinang yang membahaskan pidato presiden berkaitan ‘Geo politik dan antarabangsa’ memberitahu umat Islam semakin berpecah belah bukan sahaja di negara ini ia turut membabitkan negara seperti Syria, Yamen dan Rohingya berpunca daripada ekstrimis agama.

“Eksktimise agama ini suka menghumum sesama manusia.Isu agama dimainkan agar umat islam berpecah belah.

“Isu dalam negara adalah kezaliman pemerintah.

“Bagi AMANAH kita konsisten, kita jangan terpengaruh dengan isu dimainkan antara kita oleh mereka.

“Kalau kita menentang pencuri Bugis bukan Bugis itu mencuri… kita menentang siapa saja yang zalim.

“Jika sunni zalim kita tentang sunni jika syiah zalim kita tentang syiah.

“Kita juga perlu keluar daripada kerangka rasis (asabiyah) sepertimana pidato presiden semalam,” ujarnya.

Beliau turut mendakwa di Pulau Pinang terdapat penceramah memunafikan dan menjiratkan orang yang mati.

Namun begitu kerajaan negeri ujarnya, tetap tidak mengambil tindakan kerana memberi peluang untuk mereka berubah dan berdakwah.

“Marilah angkat AMANAH dengan rangka baharu meninggal parti lama (Pas). Tetapi kita sayangkan mereka kerana mereka sudah lari dari landasan perjuangan yang benar.

“Jika kita menyokong parti AMANAH harap mereka sedar kesilapan mereka,” ujarnya.

Ini kerana ujarnya lagi, AMANAH dibentuk dengan `rahmahtan lilalamin’ (Rahmat untuk semua) bukan secara berkelompok, kaum dan agama.

“Rahmah bukan untuk Melayu sahaja tetapi semua bangsa hatta seluruh dunia.

“Kemana hilangnya rahmah ini semua apabila dunia islam terus porak peranda tidak cukup krisis di Syria, Yamen dan Rohingya.

“Dalam krisis dunia hari ini perlu ada gerakan yang lebih bersikap terbuka tentang merebut syurga.

“Namun apakah kita hendak mendapatkan syurga lantas lupa untukmensyurgakan negara?,” soalnya kepada 789 perwakilan yang hadir dalam Konvensyen dua hari diadakan sejak semalam.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS