Amanah, NGO bersama penduduk bantah projek 200 hektar Lembah Binjai

Amanah, NGO bersama penduduk bantah projek 200 hektar Lembah Binjai

Penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek Lembah Binjai di Kubang Kerian membantah kaedah pengambilan tanah rakyat yang dijalankan secara mengejut tanpa proses rundingan.

Parti Amanah Negara (Amanah) Kubang Kerian yang bersama merasai rasa tertipu penduduk terlibat mahu pihak kerajaan negeri menarik balik pewartaan pengambilan tanah yang telah dibuat di kawasan berkenaan.

Ketua Amanah kawasan itu, Haji Fauzi Muhammad berkata masyarakat setempat telah amat terkejut dengan satu berita yang di laporkan kan oleh Sinar Harian tentang perjanjian persefahaman (MoU) Projek Lembah Binjai sebagai bandar Institusi Pelancongan bertaraf moden bernilai rm 100 juta dengan keluasan 200 hektar (494 ekar) dengan kos RM 100 juta antara pemaju Auei Teras Sdn Bhd MPKB BRI.

“Projek ini membabitkan 5 kawasan kampung terlibat iaitu, Kg Chepa, Kg Binjai, Kg Pulau Raja, Kg Pulau Tengah dan Kg Pulau Hilir di belakang Hospital USM Kubang Kerian,” katanya dalam satu sidang akhbar bersama penduduk terbabit berhampiran tapak pasar baru Binjai semalam.

Amanah Kubang Kerian katanya, mendapat maklumat bahawa Kg Chepa telah diwartakan pada 22 Disember 2016, membabitkan 144 lot tanah di Kg Chepa di bawah Akta Pengambilan Tanah, Seksyen 8.

“Kami ada Salinan warta berkenaan yang diperolehi dari sekumpulan pemilik tanah..

Haji Fauzi, ketua Amanah Kubang Kerian, Kelantan.“Terbaru kami dapati warta kerajaan negeri Kelantan, Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah telah dibuat untuk 4 buah kawasan kampung lain pula.

“Warta tersebut bertarikh 16 Mac 2017 ,” katanya.

Beliau mahu Kerajaan Negeri penjelasan beberapa perkara tentang projek ini.

“Pertama adakah proses perwartaan ini dijalankan mengikut prosedur termasuk memastikan projek yang dicadangkan bersesuaian dengan perancangan pembangunan.

“Kedua adakah proses memastikan tiada bantahan oleh masyarakat setempat ( yaitu dari golongan politik/orang awam/NGO) sudah di lakukan dengan sepatutnya ? Sekiranya ada , adakah ia melibatkan semua stakeholders?

“Ketiga adakah Kerajaan Negeri memainkan peranan sebagai broker tanah dengan mewartakan kawasan tersebut dan membeli dengan kadar pampasan yang sederhana dan menjual kepada pemaju dengan harga berlipat ganda?

“Keempat adakah Kerajaan Negeri memainkan peranan sebagai broker tanah dengan mewartakan kawasan tersebut dan membeli dengan kadar pampasan yang sederhana dan menjual kepada pemaju dengan harga berlipat ganda?

“Keliam apakah faedah dan benefits kerajaan Negeri perolehi dari memberi projek ini selain yang dijanjikan satu pasar Binjai yang amat kecil nilai berbanding dengan kos projek,” soal beliau.

Haji Fauzi turut mempersoalkan hasil yang bakal diperolehi rakyat dari projek ini.

“Orang ramai mahu tahu inii demi pembangunan rakyat atau satu cadangan dari pemaju,” soalnya.

Adakah lebih baik katanya sekiranya projek ini amat penting untuk rakyat ianya ditender secara terbuka supaya ianya menguntungkan kepada masyarakat dan kerajaan negeri sendiri.

“Pihak Amanah telah menjalankan soal selidik dengan penduduk kampung terlibat,

“Majoriti penduduk tidak berpuas hati dan mendesak Kerajaan Negeri menarik balik warta yang telah dilakukan dan membuat langkah-langkah yang bijaksana untuk menangani isu ini..

Datuk Dr Halim YusofSementara itu Pertubuhan Peduli Rakyat Kubang Kerian (Peduli) mempersoalkan adakah projek itu sudah dibuat kajian tentang bentuk geomorfologi, profil tanah komposisinya,kestabilan cerun, pemendapan ,dataran banjir, paya , guna tanah dan zon penampan.

“Adakah kajian dibuat tentang air permukaan( surface water) pesisir pantai/gigi air, dasar air(bottom interface), variasi aliran,kualiti air ,pola pengairan dan kemungkinan kebanjiran dan lain-lain yang melibatkan kegunaan air semasa dan masa depan,” kata pengerusinya, Datuk Dr Abdul Halim Yusof pada sidang media yang sama.

Pihak Peduli katanya, bimbang apa yang dikata kajian itu bukan kajian yang dibuat oleh pakar perunding alam sekitar ataupun penilaian dibuat semasa projek sudah berjalan.

“Kami berpendapat bahawa sebaik-baik projek pembangunan adalah projek yang bersifat lestari dan pemangkin kepada pembangunan negara dan menambah nilai asset,bukan sebaliknya.

“Ianya juga sepatutnya melibatkan penyertaan masyarakat setempat dalam menjadi sebahagian dari komuniti baru,bukannya mereka terpaksa meninggal kampong halaman mereka dan merempat di kawasan baru yang menjejaskan kehidupan mereka kerana semata-mata menjaga kepentingan golongan kaya dan bernafsu besar,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)