Malaysia Dateline

AMANAH optimis kerajaan Pulau Pinang tambah peruntukan lebih RM64 juta untuk Islam

AMANAH Pulau Pinang optimis pertambahan peruntukan bagi pembangunan Islam sebanyak RM64.61 juta membuktikan keprihatinan kerajaan negeri melalui bajet 2021 sepertimana yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri serta dapat mengikis persepsi buruk umat

Islam terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad.

Jelas beliau lagi, AMANAH Pulau Pinang juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih dengan bajet 2021 yang telah menambahkan peruntukan pembangunan Islam yang senantiasa meningkat saban tahun.

“Pada tahun 2020 sebanyak RM60.05 juta telah pun diperuntukan, manakala pada tahun hadapan pula sejumlah RM64.16 juta telah diperuntukan bagi memperkasakan institusi serta memelihara kepentingan agama Islam.

“Sekiranya diteliti peruntukan sejumlah RM64.16 juta tersebut sebenarnya adalah untuk pentadbiran agama Islam termasuk pembangunan masjid dan juga surau serta sebahagian darinya merupakan peruntukan untuk institusi pendidikan Islam yang pelbagai termasuklah

Sekolah Agama Rakyat dan seumpamanya, ” ujar beliau.

Katanya lagi, disamping itu sebahagian dari peruntukan sejumlah RM14 juta adalah untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Mubaligh, Sekolah Persendirian Cina dan Tamil.

Menurut Dr Roslan lagi, terdapat juga peruntukan sebanyak RM898,900 bagi guru-guru KAFA,SAR,Tahfiz,Tadika Islam serta Sekolah Persendirian Cina yang mana sudah tentu sebahagian dari kedua-dua peruntukan tersebut akan memberi manfaat yang besar kepada

institusi dan umat Islam.

Sehubungan itu tegasnya, AMANAH Pulau Pinang yakin peningkat peruntukan tersebut sudah pasti akan dapat membantu agensi-agensi Islam memacu program ‘Gagasan Khaira Ummah 2030’ yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

Tambah beliau, AMANAH Pulau Pinang akan terus memberi dokongan kepada usaha kerajaan negeri bagi memastikan segala usaha bagi memartabatkan insititusi pendidikan Islam dan umat Islam di Pulau Pinang dapat direalisasikan menjelang gagasan yang telah direncanakan tersebut.