AMANAH P.Pinang bantah promosi LGBT dalam program Georgetown Festival

Mohd Saifullah (tiga dari kiri) menunjukkan bantahan terhadap promosi LGBT dalam Georgetown Festival.

Pemuda AMANAH Pulau Pinang peka terhadap pameran yang secara terang-terangan mempromosi golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT) di Padang Kota yang mana sebahagiannya adalah program Georgetown Festival, kata etua Pemuda AMANAH Negeri Pulau Pinang, Mohd Saifullah Abd Nasir

Beliau berkata,  arahan menurunkan poster aktivis LGBT oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa amat disokong tindakan yang diambil oleh Mujahid atas portfolio beliau adalah wajar sama sekali.

“Tindakan pihak penganjur mematuhi dan menurunkan poster tersebut amat dihargai.

“Dasar kami kekal sepertimana yang telah disebut berulang kali oleh pimpinan sekiranya LGBT adalah pilihan mereka dan dilakukan secara peribadi, itu adalah antara pelaku dengan Tuhan.

Mohd ABdullah Nasir

“Namun begitu sekiranya promosi dilakukan secara terbuka, maka ia harus ditentang kerana LGBT adalah salah disisi agama, bangsa dan juga undang-undang, ” jelasnya lagi.

Malah kata Mohd Saifullah lagi, prinsip rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan haruslah menjadi amalan semua warga negara ini.

Tegasnya, prinsip kelima rukun negara tersebut menitik beratkan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap warga negara.

“Tidak dapat dinafikan objektif prinsip tersebut bagi membentuk warga negara yang sopan dan mempunyai tatasusila.

“Prinsip ini harus menjadi panduan supaya perilaku masyarakat senantiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

“Pemuda AMANAH dengan ini menyeru mereka yang tidak bersetuju dengan perbuatan mempromosikan LGBT ditempat awam agar berani bersuara serta menzahirkan pandangan tersebut, ” ujarnya.

Sehubungan itu kata Mohd Saifullah lagi, satu petisyen sedang dirangka bagi mengumpul tandatangan untuk diserahkan kepada kerajaan tidak lama lagi.

Hadir sama ialah Ketua Armada Pulau Pinang, Muhammad Shameer Mohamed Sulaiman.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote