Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH P Pinang gerakkan sukarelawan bantu kekang Covid-19
Antaranya membantu mengedarkan 'hand sanitizer' dalam masa terdekat sebagai usaha membendung wabak tersebut, kata Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria.

AMANAH P Pinang gerakkan sukarelawan bantu kekang Covid-19

Oleh MOHD ALI HASHIMMarch 19, 2020 8:16 pm




AMANAH Pulau Pinang akan menggerakkan usaha membantu membendung penularan wabak Covid 19 dengan bantuan sukarelawan mereka.

Dr Zaidi mahu sukarelawan AMANAH membantu.

Antaranya membantu mengedarkan ‘hand sanitizer’ dalam masa terdekat sebagai usaha membendung wabak tersebut, kata Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria.

Jelas beliau lagi, AMANAH Pulau Pinang menyambut baik dan menyokong butiran dalam Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid 19.

“AMANAH Pulau Pinang menyeru semua rakyat negara ini dan khususnya rakyat Pulau Pinang untuk memberi kerjasama dan mematuhi sepenuhnya perintah tersebut.

“Kami menyokong dan bersama kerajaan negeri Pulau Pinang menghadapi musibah wabak Covid 19.

“Pengumuman bajet tambahan RM20 juta bagi membantu peniaga kecil dan golongan lain yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan juga perlu diberi dokongan sepenuhnya, ” tegas beliau.

Malah kata Dr Zaidi lagi, semua rakyat harus bersama-sama membantu usaha kerajaan Pusat maupun kerajaan negeri Pulau Pinang bagi memastikan penularan wabak ini tidak berpanjangan.

Tambah beliau lagi, AMANAH Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada semua pengidap Covid 19 terutamanya kepada mereka yang telah meninggal dunia.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Lebih 60 negara dimasuki virus baharu Covid-19 dari UK

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production