AMANAH Padang Serai komited selesaikan masalah infrastruktur kawasan

AMANAH Padang Serai komited selesaikan masalah infrastruktur kawasan

Abd Razak (depan) meninjau jambatan reput yang perlu dibaiki.

AMANAH Kawasan Padang Serai komited untuk membantu penduduk menyelesaikan pelbagai masalah kemudahan asas yang belum dapat disempurnakan secara total, kata Ketuanya, Abd Razak Salleh.

Menurut beliau lagi, menyelesaikan masalah kemudahan asas penduduk seperti jalan yang rosak dan berlubang, jambatan uzur, rosak dan tidak selamat serta bekalan air menjadi antara beberapa tumpuan utama.

Selain itu parit dan longkang yang tersumbat, tidak diurus dengan sempurnya, merupakan salah satu perkara yang turut mendapat perhatian AMANAH kawasan Padang Serai.

“Tempat rekreasi dan padang permainan serta dewan orang ramai yang tidak diselenggarakan dengan baik juga merupakan antara isu yang sedang diberi perhatian serius.

“Membantu keluarga miskin, orang kurang upaya dan pekerja yang hilang punca pendapatan akibat kemalangan atau sakit juga diberi keutamaan.

“Disamping itu masalah rakyat yang turut diberi perhatian dan dokongan untuk diselesaikan oleh AMANAH kawasan Padang Serai bersama-sama beberapa agensi kerajaan adalah membaiki rumah serta menyokong mereka yang ingin memulakan perniagaan serta

ingin mendapatkan bantuan, ” jelasnya yang juga merupakan Penyelaras Dun Merbau Pulas.

Malah tegasnya lagi, membantu penduduk yang bermasalah untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan walaupun lahir di negara ini turut diberi perhatian oleh AMANAH kawasan Padang Serai.

“Isu-isu berkaitan pendaftaran dan perkahwinan juga diberi perhatian agar ia dapat diselesaikan dengan mudah dan segera.

“Meringankan beban ibu tunggal dan anak yatim serta miskin juga diberi perhatian serius agar hidup mereka tidak melarat.

“Sehubungan itu gerak kerja bagi menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dalam kawasan Padang Serai akan diteruskan dengan kerjasama Ahli Parlimen Padang Serai serta pelbagai agensi kerajaan sedia ada, ” tambahnya lagi.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS