AMANAH Padang Serai lapor polis dakwa pemilik akaun FB fitnah Presiden

AMANAH Padang Serai lapor polis dakwa pemilik akaun FB fitnah Presiden

Laman FB yang didakwa memfitnah Mohamad Sabu

Tindakan melampau pemilik akaun FB yang memuat naik gambar sembelihan korban membezakan antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyebabkan Ketua AMANAH Padang Serai, Abdul Razak Salleh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim semalam.

Menurut Abdul Razak, laporan tersebut meminta pihak polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap fitnah yang dibuat oleh pemilik akaun FB tersebut.

Malah katanya lagi, dakwaan pemilik akaun yang menamakan dirinya sebagai Dun Lunas tersebut amat serius dan harus disiasat dengan kadar segera.

Dakwaan yang dimuat naik melalui akaun FB tersebut mempamerkan foto sembelihan lembu korban oleh Hadi Awang dan satu lagi adalah sembelihan yang dilakukan oleh Mohamad Sabu.

Ia juga mencatatkan pertanyaan ‘sembelihan ulama dengan sembelihan munafiq, tuan-tuan nak pilih nak makan sembelihan siapa’.

Ditambah lagi dengan persoalan oleh pemilik akaun tersebut dengan mencatatkan ‘ benda nak jadi darah daging ni….cer fikir ‘ .

Kata Abdul Razak lagi, tindakan memuat naik perbandingan kedua-dua foto tersebut serta perkataan yang dicatatkan adalah suatu penghinaan kepada Presiden AMANAH.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0