AMANAH Parit Buntar lebarkan sayap, tubuh 5 lagi cawangan

DS Nizar Jamaludin merasmikan Mesyuarat Tahunan AMANAH Parit Buntar kali ke-3.

AMANAH kawasan Parit Buntar terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan lima lagi cawangan penaja di parlimen Parit Buntar

Setiausaha AMANAH Kawasan Parit Buntar, Adnan Abd Rahman berkata, AMANAH semakin mendapat sokongan rakyat di Parit Buntar di mana satu demi satu cawangan ditubuhkan bermula selepas PRU ke-14.

“Selepas PRU ke-14 kita telah berjaya menubuhkan 10 cawangan bermakna kita berjaya menubuhkan 2 cawangan setiap bulan. Ini membuktikan bahawa AMANAH semakin mendapat tempat di hati rakyat.

“Bagi pihak AMANAH Kawasan Parit buntar, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh ahli jawatankuasa Penaja Cawangan yang berani membentuk jawatankuasa penaja cawangan,” kata Adnan selepas Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar kali ke-3.

Fail penubuhan lima cawangan penaja tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin semasa majlis perasmian Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar kali ke 3 di Pekan Baru, Parit Buntar.

“Cawangan penaja yang terlibat ialah Batu 7, Batu Lima, Taman Kerian Tambahan, Kampung Perak dan Sungai Bakau.

“Masih ada lagi beberapa cawangan yang akan menyusul penubuhan jawatankuasa penaja dan majlis penyerahan borang ahli,” katanya

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha AMANAH Negeri Perak, Salman Saleh.

8.7
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS