AMANAH Parit Sulong amalkan keharmonian dalam pemilihan

AMANAH Parit Sulong amalkan keharmonian dalam pemilihan
Perwakilan yang hadir dalam mesyuarat AMANAH Parit Sulong

Mesyuarat Agung AMANAH Kawasan Parit Sulong, Johor sesi 2019 – 2022 telah menyaksikan amalan harmoni telah berlangsung sewaktu pemilihan dijalankan.

Menurut Ketua Kawasannya, Khairuddin A Rahim amalan demokrasi telah diraikan serta ditambah dengan susulan pemilihan secara harmoni.

Beliau yang juga merupakan Ketua Kawasan sebelum ini turut berpendapat bahawa sikap bertolak ansur serta tidak mengejarkan jawatan perlu terus subur agar kesinambungan perjuangan AMANAH itu dapat terlaksana dengan kesepaduan ahli.

Khairuddin A Rahim

“Matlamat kita adalah memperjuangkan nasib rakyat dan menegakkan syiar Islam melalui gagasan Rahmatan Lil Alamin yang menjadi asas penubuhan parti AMANAH.

“Slogan seperti ‘amanah, progresif, peduli’ perlu terus subur di jiwa ahli dan selain rakyat ahli parti juga perlu disantuni serta dihormati pandangan mereka.

“Kami juga meraikan pelbagai pandangan serta berlapang dalam sistem yang diwujudkan oleh AMANAH seperti demokrasi dalam pemilihan.

“Ini adalah yang pertama kali AMANAH menjalankan sistem pemilihan di sini (Parit Sulong) dan ia dilihat harmoni tanpa ada sebarang unsur yang tidak baik berlaku,” ujarnya ketika dihubungi.

Dalam pemilihan tersebut seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) telah dilantik oleh wakil-wakil dari kawasan, cawangan dan sayap parti.

Selain Khairuddin, turut dilantik membarisi pucuk pimpinan tertinggi adalah, A Latiff Mohd Jamil sebagai Timbalan Ketua, Norazhar Md Ali Naib Ketua 1 dan Cholan Taib Naib Ketua 2

AJK lain yang turut dilantik adalah, Ajis Rose, Ng Chin Chai, Hanadim, Azman, Faizal, Noraini, Sharifah, Amin Sairan, Abdul Rahim Salleh, Fathi dan Azmi Suradi.

Manakala terdapat 5 orang AJK dilantik Khairul Hanis,Mohd Islami, Amran Sharif, Khairul Afif dan Kamsiah, telah dilantik bagi meneraju AMANAH kawasan Parit Sulong.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan AJK AMANAH Nasional, Adly Zahari.