Malaysia Dateline

AMANAH parti pendamai dalam blok pembangkang

Rundingan pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu membuktikan AMANAH paling sesuai sebagai pendamai dalam blok pembangkang.

Naib Ketua Wanita Muda AMANAH (Warda) Nasional, Fatihah Salahuddin berkata, AMANAH mengambil pendekatan untuk mengalah ketika itu demi kemenangan Pakatan Harapan (PH).

“Kita menyoroti PRU-14 lalu. Pembahagian kerusi menjadi isu paling besar dalam PH tetapi AMANAH berperanan sebagai pendamai.

“Walaupun kita (AMANAH) ada suara akar umbi yang mahu agihan kerusi lebih banyak, tetapi AMANAH berkorban dengan pendekatan untuk mengalah.

“AMANAH parti pendamai yang mengangkat gagasan Rahmatan Lil Alamin,” kata Fatihah dalam program bual bicara di Astro Awani malam ini.

Turut serta dalam slot Dialog Pembangkang yang dimoderatorkan Luqman Hariz itu wakil sayap anak muda dalam PKR, Pejuang dan Muda.