Malaysia Dateline

AMANAH pecat ADN Sabak

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak Selangor Ahmad Mustain Othman, telah dipecat keahliannya dari AMANAH.

Setiausaha Agung AMANAH Nasional, Datuk Dr Hatta Md Ramli berkata, Mesyuarat Lembaga Tatatertib AMANAH yang diadakan semalam mengambil ketetapan untuk memecat Ahmad Mustain selepas didapati melanggar disiplin parti.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Hatta memaklumkan keputusan dibuat berdasarkan Fasal 21.12 yang ditetapkan dalam Parlembagaan parti.

“Pemecatan ini selaras dengan Fasal 21.8 Perlembagaan Parti Amanah Negara yang memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib untuk memecat mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin dan arahan parti,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menjelaskan lanjut jenis pelanggaran disiplin yang dilakukan ADN terbabit.