AMANAH Perak sediakan calon ketua kampung berintegriti

AMANAH Perak sediakan calon ketua kampung berintegriti

Sesi suai kenal calon-calon bersama Jawatankuasa Pemilihan Ketua Kampung Perak

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menghantar senarai nama calon Ketua Kampung Melayu tradisi kepada Kerajaan Negeri Perak minggu ini bagi mengisi kekosongan perjawatan tersebut pada Julai 2018.

Menurut Naib Pengerusi AMANAH Perak Dr Muhaimin Sulam, Serasai 843 Ketua Kampung Melayu tradisi di Negeri Perak dijangka dilantik seawal Julai ini bagi menggerakkan aktiviti dan pentadbiran kampung sebagai satu unit asas dalam sebuah negara.

Calon-calon yang termasuk dalam senarai pendek itu telah menjalani proses suaikenal yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Ketua Kampung AMANAH Perak.

“Proses tersebut diadakan bagi memastikan semua calon Ketua Kampung daripada AMANAH bersedia berkhidmat dengan masyarakat dan kerajaan negeri,”katanya kepada Malaysia Dateline.

Antara Manifesto Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak ialah penekanan tentang pelaksanaan keadilan sosial dan demokrasi.

Sehubungan itu, katanya, proses pemilihan ketua kampung yang dilaksanakan oleh AMANAH Perak adalah sebagai iltizam dalam pendemokrasian kerajaan.

AMANAH Perak menyerahkan budibicara dan kebijaksanaan kepada pihak kerajaan negeri untuk melantik kalangan nama yang telah diserahkan.