Malaysia Dateline

AMANAH Perak senantiasa peduli golongan asnaf

Walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan ia tidak menghalang AMANAH negeri Perak untuk terus menyantuni dan membantu golongan yang memerlukan.

Pengerusi AMANAH negeri Perak, Asmuni Awi yang juga merupakan Adun Manjoi, bersama-sama dengan AWAN dan AMANAH kawasan Tambun segera turun padang mendekati 75 orang ibu tunggal daripada Taman Meru dan Taman Jati menyampaikan bantuan berupakan barangan keperluan dapur untuk digunakan sempena Ramadan kali ini.

Malah, sumbangan duit raya berjumlah RM7500 turut diberikan bagi meringankan beban ibu-ibu tunggal tersebut terutamanya dalam menyambut kehadiran Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain dari itu, 32 penduduk di kawasan Jelapang Jaya dan Meru Jaya turut menerima sumbangan berupakan keperluan dapur serta duit raya sejumlah RM3200 bagi membantu mereka meraikan sambutan lebaran yang akan tiba tidak lama lagi.