Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH Perak tuntut Pas negeri buat permohonan maaf terhadap Asmuni Awi

AMANAH Perak tuntut Pas negeri buat permohonan maaf terhadap Asmuni Awi

SITI NUR ZAWANI MISCONFebruary 11, 2020 12:44 pm




AMANAH Perak hari ini menuntut Ketua Penerangan Pas Perak, Hafez Sabri membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan fitnah terhadap Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Asmuni Awi.

Peguam kepada Adun Manjoi itu, Mohd Fitri Asmuni menegaskan, pihaknya menggesa permohonan maaf dilakukan dalam masa tujuh hari ekoran tindakannya yang membangkitkan isu yang telah selesai sekaligus mencemarkan imej Asmuni sebagai exco kerajaan perak.

Difahamkan, pemimpin parti pembangkang itu memuatnaik kenyataan di laman Facebooknya pada 4 Februari lalu, mempersoalkan tindakan Exco Agama negeri yang dikatakan tidak mengambil tindakan terhadap program tarian naga yang diadakan di sebuah surau Al-Qamar, baru-baru ini.

“Dalam masa tujuh hari bermula hari ini sekiranya beliau tidak melakukan permohonan maaf secara terbuka di akaun Facebooknya, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadapnya.

“Beliau telah mengheret institusi agama dalam politik dengan sengaja melibatkan Dap sebagai satu alasan mengatakan Asmuni tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kejadian yang berlaku.

“Ini satu perkara yang bahaya kerana sengaja menyentuh sensitiviti agama Islam. Saya juga mahu kenyataan yang masih dipaparkan di akaun Facebooknya ditarik semula dengan kadar segera,” tegasnya dalam satu sidang media di Wisma AMANAH di Perak hari ini.

Tambah Mohd Fitri, kenyataan pihak pembangkang itu secara jelas bercanggah dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin, pada 7 Februari yang memaklumkan bahawa tindakan sudah diambil dengan melakukan perjumpaan bersama pengerusi jawatankuasa surau terbabit, seawal 31 Januari.

“Tetapi hantaran yang dibuat Hafez Sabri menggambarkan satu perkara yang buruk terhadap Asmuni seolah-olah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan.

“Apabila kenyataan seumpama ini dikeluarkan dan terus disebarkan, ia memberi gambaran dan persepsi yang buruk kepada Asmuni yang memperlihatkan beliau sebagai berat sebelah,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production