Pengerusi ketuai senarai 4 calon kerusi Dun AMANAH Perlis

Pengerusi ketuai senarai 4 calon kerusi Dun AMANAH Perlis

Parti AMANAH Negara (AMANAH) Negeri Perlis hari ini mengumumkan secara rasmi senarai empat calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) parti itu.

Pengerusi AMANAH Negeri Perlis Wan Kharizal Wan Khazim akan bertanding di kerusi N02 Beseri.

Manakala Ketua Angkatan Wanita Nasional (Awan) Perlis Che Mazlina Che Yob,55, akan dicalonkan di kerusi N05 Santan adalah bekas pesara guru.

Bagi N06 Bintong bekas calon Dun Bintong pada PRU13 Mokhtar Che Kassim,52, akan bertanding di kerusi sama. Mokhtar seorang ahli perniagaan adalah AJK AMANAH Kawasan Kangar merangkap Penyelaras AMANAH Dun Bintong.

Bagi N15 Sanglang AMANAH meletakkan Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Zolkharnain Abidin,51 tahun. Beliau juga adalah bekas Adun Santan pada 1999-2004 (PRU10).

Daripada 27 kerusi Parlimen yang diperoleh AMANAH hanya negeri Perlis dan Kuala Lumpur tidak diberikan kerusi oleh Pakatan Harapan.

Perlis yang mempunyai tiga parlimen itu akan diwakili calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di kerusi Padang Besar dan Arau manakala PKR di Parlimen Kangar.

Jumlah kerusi Dun Perlis sebanyak 15 kerusi yang mana dalam PRU13 lalu hanya dua kerusi milik pembangkang iaitu PKR di Indera Kayangan dan Pas di Sanglang.

Pada PRU14 Pakatan Harapan akan meletakkan 5 calon dari PKR di kerusi Kuala Perlis, Indera Kayangan dan Cuping, Sena dan Simpang Empat.

Bersatu peroleh 5 kerusi di Mata Ayer, Kayang, Tambung Tualang, Pauh dan Guar Panji manakala DAP hanya satu kerusi di Titi Tinggi.

Semua calon Pakatan Harapan dijangka akan secara rasmi memperkenalkan dalam satu majlis di pejabat PKR Perlis di Taman Sena di Kangar pada 24 April ini.

BN Perlis setakat ini belum mengumumkan calonnya, sementara Pas pula akan berbuat demikian pada 19 April (esok) di Dataran Sejahtera, Kampung Bakau, Kangar.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS