Malaysia Dateline

AMANAH perlukan mereka yang benar-benar setia

AMANAH amat memerlukan mereka yang benar-benar setia, komited serta sanggup untuk meneruskan perjuangan walaupun tidak menjadi kerajaan setelah pengkhianatan yang berlaku baru-baru ini.

Demikian dizahirkan oleh Ketua Pemuda AMANAH Negeri Pulau Pinang, Muhamad Khairul Mohd Ali.

Malah katanya, Pemuda AMANAH Negeri Pulau Pinang merasakan tindakan terkutuk yang dilakukan oleh bekas Ketua Pemuda AAMANAH Nasional, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim meninggalkan AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) tidak sedikit pun menggugat Pemuda AMANAH.

“Pemuda AMANAH bergerak sebagai satu pasukan dan kami senantiasa mendokong penuh perjuangan parti.

“Tiada tempat bagi ahli atau individu yang mementingkan diri sendiri atau individualistik dalam AMANAH.

“Setakat ini tidak ada seorang pun Pemuda AMANAH yang mengikut jejak langkah beliau meninggalkan perjuangan parti ini, ” tegasnya.

Sehubungan itu kata Khairul lagi, seandainya terdapat ahli yang masih ragu dan curiga atau tidak yakin dengan perjuangan AMANAH, maka mereka adalah disarankan supaya segera mengikut jejak langkah Hasnul.

Tambah beliau lagi, Pemuda AMANAH Negeri Pulau Pinang optimis terdapat lebih ramai lagi pimpinan Pemuda AMANAH di peringkat nasional yang lebih layak dan berkemampuan serta mempunyai potensi dan kredibiliti untuk menggantikan kerusi Ketua Pemuda AMANAH
Nasional.

Kata beliau lagi, Pemuda AMANAH tidak ketandusan pemimpin, sebaliknya hilang satu, maka seribu lagi sedang menanti untuk terus mengemudi dan melayari bahtera sedia ada.