AMANAH Pokok Sena tambah cawangan ke-52

AMANAH Pokok Sena  tambah cawangan ke-52

Yakin terhadap kepimpinan AMANAH dan Pakatan Harapan (PH), AMANAH Kawasan Pokok Sena, Kedah berjaya menubuhkan cawangan ke 52 pada Sabtu dengan penyertaan seramai 50 ahli baru, kata Ketua AMANAH kawasan Pokok Sena, Umar Awang.

Beliau berkata, dengan penubuhan cawangan Batu 13/14, Jalan Kuala Nerang yang merupakan cawangan ke 52, membuktikan AMANAH semakin mendapat sokongan penduduk dan pengundi dalam kawasan Pokok Sena dan negeri Kedah.

Umar Awang,Ketua AMANAH kawasan Pokok Sena(lima dari krii)ketika meraikan kehadiran ahli baru AMANAH cawangan Batu 1314 Jalan Kuala Nerang.

“Penyertaan 50 ahli baru ini mencambahkan lagi ahli kawasan sehingga mencecah 2300 orang setakat ini.

“Malah majoriti dari mereka yang menyertai cawangan baru tersebut juga adalah bekas ahli Pas dan Umno.

“Namun begitu terdapat juga muka baru yang tidak pernah menganggotai mana-mana parti sebelum ini,”ujarnya.

Jelas Umar lagi, usaha bagi menambah ahli baru sedang giat dilaksanakan dan akan berterusan sehinggalah pilihan raya umum ke 15 yang akan datang.

Tegas beliau, peduli terhadap setiap permasalahan rakyat khususnya penduduk dalam kawasan Pokok Sena sudah menjadi rutin dan lumrah bagi AMANAH kawasan Pokok Sena.

Sehubungan itu tambahnya, gerak kerja yang telah dan sedang dilakukan oleh AMANAH kawasan mampu untuk memberi kekuatan yang berganda menjelang PRU yang akan datang tidak lama lagi.