Amanah puji Kapten Airbus A330 Air Asia

Amanah puji Kapten Airbus A330 Air Asia

Kapten dan seluruh kabin krew pesawat Airbus A330 Air Asia wajar diberi pujian kerana berjaya mengawal situasi dan mendarat dengan selamat, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara, Hasanuddin Mohd Yunus.

Menurutnya, gegaran kuat pesawat dari Perth ke Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu itu adalah situasi genting yang tidak diingini.

“Namun begitu, situasi genting yang telah berlaku terhadap pesawat ini berjaya diatasi dengan penuh tenang dan profesional,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut yakin kejayaan juruterbang dan krew bertugas mengendalikan pesawat tersebut ketika itu menyumbang kepada imej baik kepada Malaysia yang sedang dibelenggu skandal penyelewengan.

“Saya juga percaya hero-hero kita, Kapten Ibrahim Jalaluddin dan kabin crew dari D7 237 telah mengharumkan nama negara di mata dunia disebalik kecamukan skandal kewangan antarabangsa negara yang didurjanakan oleh tangan mereka yang rakus kuasa dan wang.

Sehubungan itu, Hasanuddin menyeru rakyat berdoa supaya operasi penerbangan pesawat pada masa datang dalam keadaan selamat.

“Kita berdoa kepada Tuhan yang Esa agar penerbangan yang seterusnya dan akan datang selamat dari terbang dan mendarat.

“Berusaha memastikan penerbangan selamat adalah sangat penting tetapi juga perlu diiringi