Malaysia Dateline

AMANAH Pulau Pinang gandakan usaha bantu keluarga terjejas PKP 3.0

Antara keluarga yang menerima sumbangan AMANAH Pulang Pinang.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh 3.0 atau ‘total lockdown’ tidak menghalang AMANAH Pulau Pinang melipatgandakan usaha membantu keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Pengerusinya, Dr Roslan Ahmad berkata, gerak kerja peduli rakyat diteruskan dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada beberapa keluarga memerlukan di sekitar Bukit Bendera dan Bayan Baru.

“AMANAH Pulau Pinang tetap berusaha menyantuni rakyat agar tiada yang ketinggalan dan terjejas ketika tempoh PKP 3.0 yang sedang dilaksanakan terutama terhadap keluarga yang sedang menjalani kuarantin.

“Sumbangan turut diserahkan kepada Ketua AMANAH kawasan Bukit Bendera dan Bayan Baru, Tanjong, Jelutong dan Gelugor bagi menjalankan gerak kerja seterusnya termasuklah barangan keperluan kepada beberapa buah keluarga lagi dalam kawasan Tanjong, Jelutong dan juga Gelugor,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Roslan memaklumkan sumbangan turut diagih kepada penduduk di Kampung Makam dan Kampung Kebun Lama, Gelugor.

Sehubungan itu, katanya lagi, keprihatinan dan kepedulian terhadap masalah rakyat yang terjejas akibat PPK 3.0 tetap menjadi keutamaan AMANAH Pulau Pinang sehingga kini.

Dr Roslan bersama AJK AMANAH menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah kepada keluarga yang terjejas.