Malaysia Dateline

AMANAH Pulau Pinang hantar misi bantuan mangsa banjir ‘kepala air’ di Yan

AMANAH Pulau Pinang meneruskan agenda gerak kerja peduli dengan turun padang ke Yan, Kedah bagi menyampaikan bantuan misi kemanusiaan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden banjir ‘kepala air’ di Yan.

Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad yang mengetuai misi tersebut bersama-sama dengan Timbalan, Yusoff Nor dan Naib Pengerusi, Ustaz Ahmad Fahmi serta Ahli Jawatankuasanya turut menyampaikan sumbangan bagi mangsa terlibat di Yan serta Merbok.

“Antara barangan yang disumbangkan adalah barangan keperluan harian seperti air minuman, susu bayi, lampin pakai buang dan 50 tong cat beserta kelengkapan kepada mangsa-mangsa terlibat.

“Adalah diharapkan dengan sumbangan ini ianya dapat mengurangkan beban seharian yang ditanggung oleh keluarga terbabit serta dapat meringankan kesukaran yang mereka hadapi.

“AMANAH Pulau Pinang akan tetap meneruskan agenda peduli rakyat tanpa mengambil kira perbezaan ras, kulit, agama dan juga ideologi politik mangsa yang terkesan dan memerlukan sokongan,” ujar beliau.

Dr Roslan Ahmad meninjau kawasan terkesan dengan banjir 8216kepala air8217 di Yan
AJK Amanah P. Pinang bersama-sama membantu menyampaikan sumbangan barangan keperluan termasuk cat kepada mangsa banjir