Malaysia Dateline

AMANAH Pulau Pinang sokong penuh Presiden dan kepimpinan nasional

AMANAH Pulau Pinang menzahirkan sepenuh sokongan kepada Presiden dan kepimpinan nasional dalam usaha untuk mengembalikan mandat rakyat dan mengambil langkah-langkah yang perlu ke arah menjatuhkan kerajaan PN.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Komunikasinya, Dr Zaidi Zakaria.

Jelasnya, sokongan juga diberi bagi merealisasikan segala iltizam kearah menguatkan kesepakatan dalam PH secara konsensus menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Juga untuk tidak menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai musuh dan mencari ruang sebaik mungkin bagi mencukupkan jumlah bilangan yang dikehendaki.

” Bersungguh-sungguh untuk memperkukuhkan PH dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan pergolakan politik semasa termasuklah pilihan raya mengejut.

AMANAH Pulau Pinang dengan ini menyeru kepada semua ahli AMANAH Pulau Pinang untuk meneruskan usaha bagi memastikan kekuatan parti dan menghadapi pelbagai cubaan yang sudah pasti menanti dalam. usaha merealisasikan impian kejayaan yang diharapkan, ” tambah beliau yang juga merupakan Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh.