AMANAH Pulau Pinang sumbang 10,000 pek bihun kawasan PKPD Bayan Lepas

Oleh Oleh MOHD ALI HASHIM

Menyedari keperluan pelbagai golongan masyarakat dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan Penuh (PKPP) AMANAH Pulau Pinang turut memberi perhatian terhadap kawasan PKPD Bayan Lepas dengan mengambil inisiatif segera bagi membantu penduduk sekitar kawasan terlibat.

Sebanyak 10,000 pek bihun telah diagihkan Adun AMANAH bagi Dun Bayan Lepas, Azrul Mahathir kepada para penerima semalam.

Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa peduli terhadap setiap permasalahan dan keperluan rakyat tempatan.

“Keperluan penduduk terutamanya mereka yang tinggal di dalam kawasan PKPD sedang dan akan senantiasa diberi dokongan melalui pelbagai cara.

“Sumbangan tunai AMANAH kawasan Balik Pulau bagi membeli keperluan-keperluan kepada golongan yang terkesan dalam tempoh PKP serta kawasan PKPD.

“Adalah diharapkan dengan sumbangan yang disalurkan rakyat khususnya dalam kawasan Bayan Lepas akan senantiasa merasakan kebersamaan AMANAH dalam memberi pembelaan terhadap nasib mereka tatkala menghadapi ujian pandemik Covid-19,” tegasnya.

Turut hadir mengagihkan sumbangan tersebut ialah Timbalan Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Yusoff Noor, Naib Pengerusi, Ustaz Fahmi Abu Bakar serta pimpinan AMANAH negeri.