Amanah rakam takziah kepada MB Selangor

Amanah rakam takziah kepada MB Selangor

Parti Amanah Negara (Amanah) merakam ucapan takziah kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan keluarga atas pemergian ibunya Che Tom Yahaya awal pagi ini.

Mewakili seluruh kepimpinan tertinggi, ahli dan penyokong Amanah, saya mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan almarhumah di kalangan orang-orang yang soleh dan segala amalan beliau diterima sebagai kebaikan di sisi Allah SWT,” kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau memberitahu, berita kematian ibu Azmin itu diterima ketika Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional sedang dalam program pemukiman Rapat Kerja Nasional di Pulau Pinang yang masuk hari ketiga dan terakhir hari ini.

Che Tom Yahaya, 82, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Pakar KPJ Damansara dekat Shah Alam pukul 2.14 pagi ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi tujuan pengurusan dan solat jenazah sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang.

Pada 11 Februari lepas, Mohamed Azmin dilaporkan berkata ibunya diserang angin ahmar empat bulan lalu dan dirawat di hospital.

Beliau berkata keadaan Che Tom sebelum ini semakin baik dan hampir dibawa keluar dari unit rawatan rapi ke wad biasa.

Namun, beliau berkata keadaan ibunya semakin kritikal dan beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa keadaan ibunya tenat.

TAGS