Malaysia Dateline

AMANAH sahut seruan tanpa kertas

AMANAH menyahut seruan dunia dalam usaha memelihara kelestarian alam dengan mengurangkan penggunaan kertas.

Setiausaha Pemuda AMANAH Nasional, Khairol Najib Hashim memaklumkan konvensyen sayap itu tidak lagi menyediakan buku seperti lazim dilakukan sebelum ini.

Ketua Pemuda AMANAH Perak tersebut juga berkata, perwakilan boleh mengakses maklumat berkaitan melalui Portable Document Format (PDF).

Beliau berkata dalam ucapan sempena Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional bertemakan “Memimpin Gerakan Kepemudaan” di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka pagi ini.

Serentak berlangsung di lokasi sama juga Konvensyen Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (AWAN) Nasional.

Khairol Najib juga memberitahu konvensyen penuh parti esok juga mengambil langkah sama.

Untuk rekod, dunia mengiktiraf tarikh 6 November sebagai Hari Tanpa Kertas Sedunia.

Konvensyen Nasional AMANAH 2020 kali kelima akan berlangsung esok dan lusa dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.