
AMANAH Samarahan menerima kemasukan 50 orang ahli baharu sempena perasmian pejabat parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan bertambah maju pada masa depan berkat integriti semua pihak.
“Merasmikan Pejabat Parti Amanah Negara Kawasan Kota Samarahan, sekaligus menerima kemasukan 50 orang ahli baru, alhamdulillah.
“Biarpun kita bermula dengan sedikit, dengan keikhlasan dan kesungguhan, insya Allah kita boleh berperanan dengan lebih cemerlang pada masa akan datang,” kata Mohamad.
Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata demikian dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, AMANAH meletakkan calon di lapan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Lapan DUN tersebut berserta calonnya adalah seperti berikut:
N05 Demak Laut
Mohamad Zen Bin Peli
N07 Samariang
Abang Abdul Halil Bin Abang Naili
N16 Muara Tuang
Daud Bin Eali
N26 Gedong
Kamal Bin Bujang
N27 Sebuyau
Wel@Maxwel ak Rojis
N40 Kabong
Andri Zulkarnaen Bin Hamden
N42 Semop
Mohammad Fadillah Bin Sabali
N44 Jemoreng
Zainab Binti Suhaili