Amanah sambut baik pertemuan Mufti Wilayah dengan Archbishop KL

Amanah sambut baik pertemuan Mufti Wilayah dengan Archbishop KL

Usaha membina hubungan baik antara Islam dan Kristian diterima sebagai satu jalan ke hadapan untuk menjaga kepentingan nasional dan kemanusiaan demikian pandangan Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau menyambut baik usaha Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang sudi menerima kunjungan muhibbah Archbishop Kuala Lumpur Reverend Julian Leow Beng Kim di pejabat Mufti Khamis lalu.

“Syabas saya ucapkan kepada Datuk Mufti dan syabas juga kerana tuduhan liar kepada pengiat dialog antaara agama selama iniseperti yang pernah dilakukan saya dan rakan lain dituduh sebagai liberal dan plularis kini terbukti tidak benar.

“Malahan Datuk Mufti telah memperluaskan lagi cita-cita kedamaian dengan pihak gereja agar diambil perhatian oleh puak pemikiran sempit di luar sana,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mujahid berkata,pertemuan diadakan itu mengembalikan ingatan kepada gelombong isu kalimah ‘Allah’ yang berlaku pada 2009 dan 2011 telah menimbulkan kesedaran jalan berdialog adalah tuntutan penting membentuk perpaduan masyarakat.

“Sejak isu kalimah Allah mengegarkan negara hubungan Islam dan Kristian telah diuji antara kebencian yang semakin menjauh dan usaha dialog yang mendekatkan jurang.

“Saya berbangga untuk memilih jalan dialog. Syarat dialog untuk berlaku perlu menjalinkan kepercayaan terlebih dahulu dalam menjalinkan hubungan damai silang agama,” katanya yang juga penulis buku  berjudul ‘Berdialog dengan Gereja: Sebuah Traavelog Kedamaian’.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, dalam dunia serba kompleks dalam kepelbagaian budaya implikasi krisis peperangan ke atas keganasan, langkah kedamaian adalah sinaran dicelah kebangkitan ideologi ekstrim yang melanda umat Islam hari ini.

“Langkah Datuk Mufti adalah episod gelap bagi pembenci hubungan damai antara agama, tetapi bagi pencinta kedamaian silang agama ia adalah ‘harapan baru’ yang tak kunjung padam bagi memulakan tahun 2016 ini,” ujarnya.

TAGS