Amanah saran rakyat perangi ‘virus kleptokrasi’

Amanah saran rakyat perangi ‘virus kleptokrasi’

Rakyat Johor khususnya disaran wajar mengambil sikap untuk memerangi "virus kleptokrasi" di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak agar tidak menular ke dalam negeri Johor, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Salahuddin Ayub Rakyat Johor khususnya disaran wajar mengambil sikap untuk memerangi “virus kleptokrasi” di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak agar tidak menular ke dalam negeri Johor, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, parti itu komitmen untuk mendidik masyarakat bersama menentang budaya rasuah dalam masyarakat.

“Amanah akan sentiasa memberikan komitmen untuk mendidik masyarakat untuk bersama bangun menentang budaya rasuah sekaligus memperjuangkan sebuah negara yang mengamalkan _”good governance”_ dan bebas rasuah.

“Ketegasan dan komitmen SPRM negeri Johor akan lebih berkesan untuk bertindak terhadap penagih dan pelaku rasuah apabila Tuanku Sultan sendiri sebagai payung negeri dan rakyat turut bersama memberikan iltizam untuk menjadikan pentadbiran negeri Johor besih dan bebas dari gejala rasuah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin merujuk kepada titah baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini yang mahu negeri Johor bersih dan bebas daripada rasuah dan menjadi model terbaik dalam menangani gejala tersebut.

Perkara itu ditegaskan oleh baginda semasa bertemu dengan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias.

Salauddin berkata Amanah menyanjung tinggi sikap Tuanku Sultan Ibrahim Iskandar yang mahu menjadikan negeri Johor bebas dan bersih daripada amalan rasuah.

“Kenyataan tegas Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Iskandar yang memberikan dukungan sepenuhnya kepada SPRM Johor untuk bertindak dengan lebih drastik terhadap isu rasuah hartanah yang melibatkan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Khalid Nordin adalah merupakan satu sikap sangat bertepatan dengan harapan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan mengamalkan urus tadbir yang baik dan berintegrit,” ujarnya.

TAGS