AMANAH Sarawak lancar penubuhan penaja Parti AMANAH Parlimen Sibu, Igan

AMANAH Sarawak lancar penubuhan penaja Parti AMANAH Parlimen Sibu, Igan

Pengarah Pilihan Raya AMANAH Sarawak, Hud Andri Zulkarnaen, mewakili parti AMANAH negeri Sarawak semalam melancarkan penubuhan penaja Parti AMANAH Parlimen Sibu P212 dan Parlimen Igan P207 bertempat di Paramount Hotel, Jalan Kpg Datuk, Sibu.

Dalam kenyataan medianya hari ini Hud Andri berkata, dengan tertubuhnya penaja di dua kawasan itu nanti, ia mampu memberi impak yang besar dan luas untuk Parti AMANAH Sarawak dalam menjalankan aktiviti parti bagi mendekati rakyat marhaen di segenap pelusuk dan lapisan masyarakat.

Jelas beliau, Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak walaupun dalam usia yang masih baru di negeri Sarawak, namun sedang giat melebarkan sayap dengan menubuhkan kawasan dan cawangan, selaras dengan matlamat dan hala tuju parti.

“Dalam usaha mengembangkan Parti AMANAH di Sarawak ini, kami membawa harapan agar wadah perjuangan Parti AMANAH ini mampu melahirkan lebih ramai pimpinan generasi muda yang bertaqwa untuk negara selain memberikan kesedaran akan pentingnya membina sebuah negara yang bersih dan telus,” kata beliau.

Hud Andri Zulkarnaen

Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja Parlimen Sibu P212 adalah seperti berikut:

Pengerusi: Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Mohmed @ Wasli
Timbalan Pengerusi: Ahmad Shahranie Bin Ahmad Fauzi
Naib Pengerusi: Ishammuudin Hadi
Setiausaha: Zurkarnain Majidi
Pengarah Pilihan Raya: Mohammad Rasdi Bin Mat

Berikut pula adalah senarai Ahli Jawatankuasa Penaja bagi Parlimen Igan P207:

Pengerusi: Hud Andri Zulkarnaen
Timbalan Pengerusi: Julaihi Suhaili
Setiausaha: Siti Asmah Binti Ahmad

Ujarnya lagi, dengan tertubuhnya Jawatankuasa Penaja Parti AMANAH di kedua-dua parlimen ini, pihaknya yakin akan mampu bekerja mendekati rakyat dengan lebih efektif dan efisien.

“Dengan tertubuhnya juga parti AMANAH di kedua-dua kawasan ini juga, ia akan menguatkan lagi gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi memenangi kerusi PH di dua tempat ini dalam misi menawan Petrajaya dalam PRN Sarawak yang akan datang,” katanya.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0