Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH Sarawak seru ahli supaya setia dan patuh hadapi PRN-12

AMANAH Sarawak seru ahli supaya setia dan patuh hadapi PRN-12

Oleh MAHDAR BUJANGJanuary 5, 2020 7:17 am




Parti AMANAH Sarawak menyeru ahli-ahli dan kepimpinan peringkat kawasan dan cawangan supaya terus setia dan ‘wala’ dalam mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Hud Andri Zulkarnaen berkata, dengan memiliki kesetiaan tinggi di samping sifat ‘wala’ yang ikhlas, adalah tidak mustahil AMANAH Sarawak mampu meraih kemenangan sekali gus melakar sejarah menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak nanti.

Bagi mencapai sasaran itu, katanya, seluruh ahli haruslah memupuk semangat kerjasama yang utuh khususnya di peringkat kepimpinan negeri, kawasan dan cawangan.

“Saya mohon kepada ahli-ahli AMANAH Sarawak supaya bersama-sama terus setia dan taat (wala) dalam perjuangan parti kita ini.

“Justeru, saya merayu agar antara kita terus bersama-sama menjaga kehormanian dalam parti yang ibarat sebagai sebuah keluarga yang besar.

“Ada kalanya kita tidak sependapat dalam beberapa perkara, tetapi jangan sampai kita berpecah-belah antara satu sama lain,” tegas beliau.

Hud Andri berkata demikian semasa berucap pada Majlis Mesyuarat Penajaan AMANAH Kawasan Batang Lupar di Kampung Beladin, Betong hari ini.

Malah beliau juga mengingatkan kepada setiap ahli untuk memberi pandangan dan idea dalam merencana dan melaksanakan program-program parti di kawasan masing-masing.

“Saya yakin, dengan cadangan dan idea yang diberikan itu nanti akan mampu menyumbangkan kejayaan kepada kita semua dalam misi memperolehi kerusi di Dun Sarawak kelak,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, kepimpinan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada semua ahli selain sedaya upaya membantu dalam hal pentadbiran terutamanya berkaitan pendaftaran ahli-ahli baharu.

Tegasnya, setakat ini Setiausaha AMANAH Sarawak iaitu Fadillah Sabali sedang bertungkus-lumus dalam menguruskan pendaftaran ahli-ahli baharu yang semakin meningkat.

“Kepada ahli-ahli yang belum mendapat sijil keahlian, saya berharap anda semua bersabar kerana ia masih dalam proses pendaftaran.

“Namun yang penting ialah kita dapat memulakan sesuatu yang baik untuk perjuangan parti ini,” ujarnya.

Mengenai penajaan AMANAH Kawasan Batang Lupar, beliau berharap agar pendaftaran tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) secepat mungkin.

Untuk rekod, setakat ini sebanyak 11 daripada keseluruhan cawangan dalam Kawasan Batang Lupar telah diluluskan ROS baru-baru ini.

Pada majlis itu, Hud Andri turut menyampaikan sijil ahli AMANAH kepada seramai 1,072 ahli baharu kepada Ketua Penaja Kawasan Batang Lupar, Haji Kassim Rosli.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi 2 AMANAH Sarawak, Setiausaha Fadillah Sabali dan barisan kepimpinan AMANAH Sarawak serta 150 wakil ahli dari Cawangan Sebuyau dan Beting Maro.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

Penang vs Kelantan: Which state government is more competent?

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Gesaan sidang Parlimen, Ahmad Maslan dibidas sekongkol dengan Anwar

Pakej bantuan ‘semangkuk cendol’ PN penuhi selera tapi tidak mengenyangkan

Kisah Bangla mati, Sahalam dan bhabi

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production