Amanah sedia beri laluan anak Nik Aziz jadi MB Kelantan?

Amanah sedia beri laluan anak Nik Aziz jadi MB Kelantan?

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menawarkan anak kepada bekas mursyidul Am Pas Nik Omar Nik Aziz untuk menjadi calon parti itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, jika Pas keberatan untuk mencalonkan Nik Omar di Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor, Amanah sedia berbuat demikian bagi membolehkan Nik Omar menjadi menteri besar.

“Kalau Pas keberatan untuk calonkan Ustaz Nik Omar sebagai Adun di Panchor, bertanding PRU14 dan menjadi menteri besar, Amanah bersedia.

“(Datuk) Husam pernah kata, dia suka kalau Ustaz Nik Omar menjadi Menteri Besar Kelantan. Kalau tanya saya, senang sahaja jawapannya. Kalau Pas keberatan untuk calonkan Ustaz Nik Omar sebagai Adun di Panchor, bertanding PRU14 dan menjadi menteri besar, Amanah bersedia,” kata beliau dalam wawancara bersama Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, Amanah juga bersetuju jika Pas mencalonkan Nik Omar di Dun Panchor yang kini disandang oleh pemangku menteri besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Kita mahu letak di Panchor bukan marah kepada adunnya. Jadi, kalau Pas setuju dengan saranan Husam untuk mengambil Ustaz Nik Omar bertanding, seterusnya dicalon sebagai menteri besar Kelantan, kita akan sokong. Di mana dia bertanding kita sokong.

Tetapi, kalau Pas tidak bersedia. Maka, Amanah akan membuat tawaran kepada dia,” katanya lagi.

Nik Omar yang merupakan anak kedua Nik Aziz dilihat cenderung kepada Amanah sejak Gerakan Harapan Baru ditubuhkan pada Ogos tahun lalu lagi.

Beliau dikatakan telah menyertai Amanah namun tidak mahu menonjol dalam majlis terbuka Amanah kerana menghormati permintaan keluarganya terutamanya bondanya.

Pada Januari lalu, Nik Omar menafikan beliau menyertai Amanah walaupun diumumkan pelantikan beliau sebagai pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

Beliau menafikan terlibat dengan Amanah sebealiknya membawa pandangan masing-masing dan menerima kewujudan serta menghormati antara satu sama lain.

TAGS