Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH seru hentikan budaya samseng, hormati perbezaan pandangan

AMANAH seru hentikan budaya samseng, hormati perbezaan pandangan

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 1, 2020 6:10 pm




Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, Parti Amanah Negara (AMANAH) membantah keras tindakan ganas sekumpulan orang yang menggepung dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, keluarga dan rakan-rakannya malam tadi.

Kata beliau, tindakan ganas dan samseng ini bukanlah budaya rakyat Malaysia apatah lagi ia mengganggu gugat keharmonian negara yang aman dan makmur sejak sekian lama.

“Sebarang perbezaan pandangan dan ideologi politik tidak seharusnya dibalas dengan kekerasan.

“Sebaliknya ruang demokrasi yang dibuka dengan luas oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak Mei 2018 perlulah dimanfaatkan untuk mengemukakan hujah melalui perdebatan secara ilmiah,” kata Menteri Pertahanan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan Sinar Online hari ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dirinya bersama beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor diserang sekumpulan individu ketika menghadiri perjumpaan di Savanah Hill Resort, Ulu Tiram malam tadi.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu dalam satu kenyataan di akaun Instagram miliknya malam tadi memberitahu, pertemuannya bersama ahli Armada dan Srikandi Bersatu Johor itu turut dicemari dengan laungan kata-kata kesat dan perbuatan tidak beradab.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production