Amanah seru semua MP sokong ambil tindakan mahkamah di Amerika

Amanah seru semua MP sokong ambil tindakan mahkamah di Amerika

Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil inisiatif untuk meminta semua ahli ahli Parlimen Malaysia yg sayangkan Negara, baik dari Barisan Nasional atau Pakatan Harapan dan kesemua parti pembangkang lain, untuk bersama menyokong inisiatif Datuk Husam Musa dan Matthias Chang yang mengambil tindakan mahkamah di Amerika berkaitan skandal 1MDB baru-baru ini.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Raja Bahrin Shah berkata semua pihak patut menyokong usaha yang murni ini kerana Islam menuntut keadilan dan mengwajibkan hak rakyat di tuntut dan di kembalikan kepada mereka di Negara ini.

“Berikutan Kenyataan DOJ dari Amerika tentang tindakan keatas asset 1MDB di Amerika Syarikat, dan tiadanya tindakan proaktif dari Kerajaan Malaysia, kami memandang serius perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Olehh itu Amanah menyambut baik tindakan dan inisiatif Dato Husam Musa, yag telah mengambil tindakan Mahkamah di Amerika bagi pihak rakyat untuk mengembalikan aset dan hak Rakyat Malaysia.

“Tanggung jawap ini sepatutnya dipikul oleh Kerajaan Malaysia pimpinan Dato Najib,” katanya.

Amanah juga katanya, sedang mengkaji kemungkinan tindakan yang sama akan diambil di Negara negara lain yg berkaitan.

“Oleh itu besar harapan kami memohon Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong perkenan untuk menyokong inisiatif tindakan yg di ambil oleh Dato Husam serta Amanah bersama dengan kesemua ahli ahli Parlimen lain yang bersama menyokong usha ini,” katanya.

Amanah juga katanya, menyesali apa apa tindakan yang cuba mengaitkan isu 1MDB dengan Institusi Di Raja saperti apa yg berlaku baru baru ini.

“Malahan kami mengalu-alukan tindakan MajlIs Raja Raja Melayu yg bersidang pada Oktober 2015, yg meminta Kerajaan Malaysia menyelesaikan masalah 1MDB,” katanya.